Tinju di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Tinju di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 telah diadakan pada 24 Julai hingga 8 Ogos 2021 di Ryōgoku Kokugikan, Tokyo. Sebanyak 13 acara dipertandingkan (lapan acara lelaki, lima acara wanita) melibatkan 289 atlet dari 81 negara.Perlawanan ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020, namun ditangguhkan ke tahun 2021 akibat Pandemik COVID-19.[1]

Tinju di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Tarikh 24 Julai – 8 Ogos 2021
Bil. acara 13
Pesaing 289 dari 81 negara
Tempat Ryōgoku Kokugikan